Thursday, August 13, 2009

Keistimewaan lokasi.
Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan kampung dan laluan utama penduduk setempat. Selain itu 60 peratus daripada kawasan ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan rumah-rumah sewa dimana secara tidak langsung menaikkan statistik pengunjung ke Perpustakaan Desa dan ini terbukti dengan pertambahan keahlian Perpustakaan Desa Kg. Durian Tunjung dari tahun ke tahun.

Lokasi Sebenar Perpustakaan Desa
Perpustakaan Desa Kg. Durian Tunjung ini terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar dan terletak di pertengahan Pulau Labuan. Kawasan ini diapit oleh enam (6) buah kampung iaitu Kg. Pantai / Sg. Bangat di bahagian Selatan, Bukit Kuda / Lajau di Bahagian Barat, Tanjung Aru Nelayan di Bahagian Utara dan Kerupang / Nagalang di Bahagian Timur.

Sejarah, asal-usul nama tempat dan juga tingalan sejarah lokasi Perpustakaan Desa.
Nama ‘Durian Tunjung’ diambil sempena nama sebatang pokok durian yang besar, tinggi, rimbun dan berbuah lebat yang terdapat di kawasan kampung tersebut. Pokok durian ini tumbuh tidak seperti pokok-pokok durian lain yang tumbuh menegak . Pokok yang dimaksudkan itu tumbuh ‘Tunjung’ dalam bahasa tempatan atau condong dalam bahasa melayu. Penduduk di kawasan itu sepakat untuk mengambil nama sempena pokok durian yang tumbuh tunjung itu sebagai nama rasmi kampung mereka, dan sehingga sekarang nama Kg. Durian Tunjung itu kekal sebagai nama kawasan tersebut.

Pentadbiran Dan Pertubuhan Kampung.
Ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung. Terdapat berbagai pertubuhan seperti:
Jawatankuasa Komuniti Bestari
Jawatankuasa Rukun Tetangga
Jawatankuasa Gerakan Daya Wawasan
Persatuan Belia & Beliawanis
Angkatan Relawan Rakyat (RELA)
Jawatankuasa Surau Baitul Makmur
Jawatankuasa UMNO Cawangan


Bilangan Penduduk
Ø Seramai lebih kurang 3500 orang
Ø Selain penduduk asal kampung, juga terdapat tiga (3) buah Kawasan Perumahan:
ü Perumahan SEC
ü Perumahan Hill Top
ü Perumahan Flat Perbadanan (kerajaan)
Suku kaum
Penduduk asal – Suku Kaum Kedayan/Brunei
Terdapat juga suku Kaum lain seperti:
Ø Kadazan/Dusun
Ø Bajau
Ø Murut/Iban
Ø Cina
Ø India
Ø Melayu

Pekerjaan Penduduk
Kebanyakan penduduk di Kg. Durian Tunjung ini bekerja di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan swasta dan sebilangan kecil bekerja sendiri.

Prasarana Pendidikan
Terdapat tiga buah Sekolah Menengah dan 3 buah Sekolah Rendah di Kawasan kampung sekitar.
Ø SMK Mutiara, Kg. Sg Bangat
Ø SMK Pantai & SK Pantai, di Kg. Pantai
Ø SMK Lajau
Ø SK Kerupang
Ø SK Bukit Kalam
Terdapat juga sebuah Tadika Perpaduan di Kg. Durian Tunjung.

Monday, August 3, 2009

Latarbelakang

Ø PD KG. DURIAN TUNJONG TELAH MULA BEROPERASI PADA PENGHUJUNG BULAN DISEMBER 2005.

Ø PADA WAKTU INI PD KG. DURIAN TUNJONG DI BAWAH PANTAUAN PERPUSTAKAAN AWAM PERBADANAN LABUAN, W.P. LABUAN.

Ø PADA 18 DISEMBER 2005, PD KG. DURIAN TUNJONG TELAH MENERIMA LAWATAN KERJA DARIPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN TENAGA, AIR, & KOMUNIKASI (KTAK) DATUK DR. HALIM B. SHAFIE BERSAMA DENGAN 40 ORANG AHLI ROMBONGAN. LAWATAN INI BAGI MELIHAT PERKEMBANGAN SISTEM UNIVERSAL SERVICES PROVIDER (USP) YANG TELAH DIBANGUN DI PD KG. DURIAN TUNJONG.

Ø PENDAFTARAN STATISTIK KEAHLIAN UNTUK PD KG. DURIAN TUNJONG BERMULA BULAN MAC 2006.

Ø PENGGUNAAN KOMPUTER @ INTERNET TELAH MULA BEROPERASI PADA PENGHUJUNG BULAN DISEMBER 2005.

Ø WAKTU PERKHIDMATAN PD :

ISNIN – JUMAAT : 8.00 PG – 1.30 TGH HARI
2.30 PTG – 5.00 PTG

SABTU, AHAD : TUTUP

& CUTI UMUM